Apa tu Oleocanthal? Penting sangat ke?

Assalamualaikum & Hai semua sahabat KakCa. Semua sihat sihat kan? Yelah, semua amalkan pemakanan Aafiyat, in shaa Allah sihat. Eh kalau sakit pun, in shaa Allah boleh sembuh dengan segera. Tak gitu? 🤗


Apa yang pasti, sakit atau sihat, keduanya dari Allah, dan perlu kita syukuri. Kadang bila Allah datangkan sakit, barulah kita lebih sedar akan nikmatnya sihat, masa tu barulah kita lebih cakna untuk jaga kesihatan. Betul tak?

Ok, bercakap tentang sihat, sakit, sahabat KakCa ada amalkan Minyak Zaitun dalam diet seharian tak? Yang ada amalkan,  tahniah diucapkan, yang belum bolehlah mulakan sekarang! Sebab banyak kebaikannya bila kita amalkan setiap hari.

Oh ya, perasan tak bila kita makan minyak zaitun kita akan rasa sedikit pedas dihujung tekak? Ada sedikit 'burning sensation'. Haa perasan?

Itulah petanda minyak zaitun yang kita makan ada kandungan Oleocanthal. Eh apa benda pulak Oleocanthal ni? 😁

Oleocanthal ni sejenis sebatian fenolik semula jadi yang terdapat dalam minyak zaitun extra virgin. Oleocanthal ni lah yang bagi rasa 'terbakar' dan pedas yang berlaku di bahagian belakang tekak bila kita makan minyak zaitun. 

Ok faham... so, penting kah Oleocanthal ni? Untuk apa kehadirannya dalam Minyak zaitun?

Jangan tak tahu, banyak kajian yang terus mengiktiraf sebatian fenolik ini sebagai agen pencegahan dan terapeutik untuk beberapa penyakit.

Oleocanthal dalam minyak zaitun  mengandungi bahan yang sama seperti bahan yang ada dalam ‘pain killer’ yang menghalang enzim COX-1 dan COX-2 yang menjadi punca untuk mencetuskan rasa sakit, keradangan, demam dan Alzheimer.

Bukan itu saja, para saintis banyak membuat kajian mengenai penemuan mereka yang berkaitan dengan oleocanthal pada pelbagai sel kanser.

Dalam satu kajian, penyelidik Paul Breslin telah menggunakan oleocanthal pada sel-sel kanser manusia yang memfokuskan terutamanya pada sel-sel kanser payudara, pankreas dan prostat. Pasukan penyelidik itu terkejut melihat betapa cepat oleocanthal memusnahkan sel-sel kanser organ. Sel-sel kanser mati dalam masa 30 hingga 60 minit, tidak seperti dalam mana-mana eksperimen dan kajian lain di mana sel yang diprogramkan untuk mati biasanya mengambil masa antara 16 dan 24 jam.

Ini menunjukkan bahawa oleocanthal menembusi pusat sel kanser, menyasarkan lisosom, bahagian sel yang menyimpan bahan buangan. Semasa ia berbuat demikian, ia mengeluarkan enzim dalam sel, menyebabkan ia mati. Lisosom dalam sel kanser adalah lebih luas daripada sel yang sihat tetapi apa yang mengejutkan ialah oleocanthal tidak merosakkan sel yang sihat dalam apa jua cara. Dalam erti kata lain, mereka mendapati bahawa sel kanser lebih sensitif kepada oleocanthal daripada sel bukan kanser.

.

MashaAllah! Hebat kan!?

Itu yang bestnya Oleocanthal dalam Minyak zaitun Olivie Plus 30x.

Nak bagi mudah faham, bila amalkan Minyak Zaitun, Oleocanthal tu akan membantu menghalang punca untuk rasa sakit, demam dan lain lain, serta meningkatkan immuniti badan kita.

So lepas ni dah boleh kurang kurang kan telan paracetamol, kita ubah dengan makan minyak zaitun yang jauh lebih selamat 😊

Sama sama kita amalkan gaya hidup aafiyat ya! 🤗

.

KakCa,

Comments

Popular posts from this blog

Madu Kyrgyzstan kategori Granulated Honey