Madu Kyrgyzstan kategori Granulated Honey

Assalamualaikum hai semua sahabat KakCa. Diharapkan semua dalam keadaan sihat & baik baik saja, teruskan semangat ya! 🤗😍


Hari ni KakCa nak cerita tentang salah tanggapan dari segelintir masyarakat bahawa madu yang bergranul atau madu yang menghablur atau dengan bahasa mudah kita, madu yang menjadi keras macam gula adalah bukti bahawa madu itu madu tiruan.

Ramai yang beranggapan macam tu. Hmm.

Tapiii, sebenarnya, madu itu sendiri adalah supersaturated gula atau cairan tepu gula (fruktosa dan glukosa), sama ada ianya telah ditiruankan atau ianya asli, PENGHABLURAN ADALAH NORMAL , lebih-lebih lagi di negara beriklim sederhana.

Dan bagi sesetengah sumber pohon bunga, jika lebah mengambil nektar darinya, madu yang terhasil akan lebih cepat menghablur berbanding jenis lain.

Sampai situ faham tak?
Ok kita teruskan lagi ya .. 😁

.

Tahap penghabluran madu bergantung pada 2 keadaan:

1. Ratio glukosa dan fruktosa

Glukosa dan fruktosa ini adalah hasil dari nektar madu yang diproses lebah. Jika tahap atau level glukosa madu yang terhasil adalah LEBIH TINGGI berbanding fruktosanya, maka madu itu akan lebih cenderung untuk menghablur

2. Kandungan air dalam madu

Kandungan air dalam madu adalah dari 15% sehingga 25% bergantung pada iklim dan kelembapan kawasan. Jika kandungan air antara 15-20% , ditambah faktor glukosa yang tinggi, madu cenderung untuk menghablur.

Bagi negara di Nusantara , suasana persekitaran yang dikelilingi laut dan hujan yang kerap menghasilkan kelembapan yang tinggi , ini menyebabkan madu di kawasan ini kebiasaan dalam lingkungan 20-25% kandungan air dalam madu yang menyebabkan madu dari negara ini tidak cenderung untuk menghablur.




Jadi kesimpulannya, apabila dua faktor ini ada dalam satu-satu madu , dan madu disimpan dalam suhu antara 0 – 25’C – kecenderungan madu untuk menghablur adalah tinggi.

Jenis hablur yang dihasilkan pula adalah bergantung pada tahap atau besarnya jarak/beza antara kandungan glukosa berbanding fruktosa.

Isu kelikatan = penghabluran.

Ini fenomena semulajadi utk jenis madu Gunung yg unfiltered dan raw seperti Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan.

.

Semoga penerangan ini memberi kefahaman pada semua. Jadi janganlah risau bila tengok kat bawah botol tu nampak macam ada 'gula'..itu bukan gula yang ditambah ya.

Nah ni tips untuk kenal pasti madu tulen:

1. Beli dari pengusaha madu yang kita kenal dan percaya.

2. Bawa sendiri dan test di lab 

3. Beli madu yang ada sijil autentik. Lebih mudah. 

Ok, jom amal tanpa ragu. Kalau ragu, meh tanya KakCa 😉

.

KakCa


Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Oleocanthal? Penting sangat ke?