Posts

Ellagitannins dalam buah delima memang LUAR BIASA!

Image
Assalamualaikum & Hai Sahabat KakCa! Buat apa tu? Diharapkan semua dipermudahkan urusan & sentiasa dalam keadaan sihat sihat selalu 😊 Delima... Pernah makan? Pernah minum jus nya? Mmmm, sedapkan! Siapa suka sangat dengan jus delima? Memang terbaiklah kalau suka! Sebab, delima ni ada baaanyakkk khasiat! Jadi memang baguslah kalau suka minum jus delima @ makan buah delima. Ha, bercakap tentang khasiat delima, apa yang korang tahu? Baik untuk ibu hamil? Baik untuk kulit? Hehe selalu macam tu lah, bila cakap pasal delima je mesti sinonim dengan ibu hamil. Bukan itu saja sebenarnya, ada lebih banyak khasiat delima, untuk perempuan, lelaki, anak anak, dewasa & semua orang. Dan dalam delima tu ada satu antioksidan yang sangat power tau! Nama dia Ellagitannins . Wow nama gempak kan! Jangan pi letak nama anak pulak kalau ye pun. Hehe ðŸĪ­ Ok, apa tu Ellagitannins ? Apa fungsi dan kelebihannya dalam delima? Ellagitannins   adalah merupakan sejenis polifenol bio-aktif ...

Apa tu Oleocanthal? Penting sangat ke?

Image
Assalamualaikum & Hai semua sahabat KakCa. Semua sihat sihat kan? Yelah, semua amalkan pemakanan Aafiyat, in shaa Allah sihat. Eh kalau sakit pun, in sh aa Allah boleh sembuh dengan segera. Tak gitu? ðŸĪ— Apa yang pasti, sakit atau sihat, keduanya dari Allah, dan perlu kita syukuri. Kadang bila Allah datangkan sakit, barulah kita lebih sedar akan nikmatnya sihat, masa tu barulah kita lebih cakna untuk jaga kesihatan. Betul tak? Ok, bercakap tentang sihat, sakit, sahabat KakCa ada amalkan Minyak Zaitun dalam diet seharian tak? Yang ada amalkan,  tahniah diucapkan, yang belum bolehlah mulakan sekarang! Sebab banyak kebaikannya bila kita amalkan setiap hari. Oh ya, perasan tak bila kita makan minyak zaitun kita akan rasa sedikit pedas dihujung tekak? Ada sedikit 'burning sensation'. Haa perasan? Itulah petanda minyak zaitun yang kita makan ada kandungan Oleocanthal. Eh apa benda pulak Oleocanthal ni? 😁 Oleocanthal ni sejenis sebatian fenolik semula jadi yang terd...

Madu Kyrgyzstan kategori Granulated Honey

Image
A ssalamualaikum hai semua sahabat KakCa. Diharapkan semua dalam keadaan sihat & baik baik saja, teruskan semangat ya! ðŸĪ—😍 Hari ni KakCa nak cerita tentang salah tanggapan dari segelintir masyarakat bahawa madu yang bergranul atau madu yang menghablur atau dengan bahasa mudah kita, madu yang menjadi keras macam gula adalah bukti bahawa madu itu madu tiruan. Ramai yang beranggapan macam tu. Hmm. Tapiii, sebenarnya, madu itu sendiri adalah supersaturated gula atau cairan tepu gula (fruktosa dan glukosa), sama ada ianya telah ditiruankan atau ianya asli, PENGHABLURAN ADALAH NORMAL , lebih-lebih lagi di negara beriklim sederhana. Dan bagi sesetengah sumber pohon bunga, jika lebah mengambil nektar darinya, madu yang terhasil akan lebih cepat menghablur berbanding jenis lain. Sampai situ faham tak? Ok kita teruskan lagi ya .. 😁 . Tahap penghabluran madu bergantung pada 2 keadaan: 1. Ratio glukosa dan fruktosa Glukosa dan fruktosa ini adalah hasil dari nektar madu yang diproses...

Kayu Manis Turunkan Gula!

Image
Assalamualaikum & Hai semua. 🙂 Apa khabar? Masih sakan bercuti ke tu? Diharapkan semua dalam keadaan sihat & gembira bersama keluarga masing masing . Ok hari ni KakCa nak cerita tentang kayu manis. KakCa tahu, semua mesti pernah guna dan tahu pasal kayu manis kan? Ye lah kita orang melayu memang suka masak guna rempah, lagi lagi kayu manis. Eh KakCa bukan nak cerita masak masak guna kayu manis, ni nak cerita pasal pengamalan kayu manis boleh bantu kawal gula dalam darah. Wah bagus kan! Ya, mungkin ada dalam kalangan kita yang belum tahu bahawa Ceylon Cinnamon / Kayu Manis Ceylon ini sebenarnya mampu membantu mengurangkan impak gula dalam darah. Ia berfungsi dengan merendahkan kadar pencernaan setiap kali selepas makan sekali gus mengurangkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Tambahan, Kayu Manis Ceylon ini sebenarnya ada potensi untuk membantu individu yang menghidapi diabetes jenis 2 dengan memperbaiki kebolehan tindak balas tubuh badan mereka terhadap insulin. ...

BETUL KE AMAL MINYAK ZAITUN BOLEH AWET MUDA?

Image
As salamualaikum Hai semua 😊 Hari ni KakCa nak cerita pasal apa ni? Eh eh dah tulis tajuk pun nak tanya lagi ke?? Haha apalah KakCa ni ðŸĪŠ Ok ok dah, berbalik pada tajuk yang dah terpampang tu, betul ke bila kita amal minyak zaitun boleh awet muda? Haa jawapannya 👇 YA. PENGAMBILAN MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN YANG KAYA DENGAN ANTIOKSIDA PHENOLIC DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG MAMPU MEMPERLAHANKAN PROSES PENUAAN (awet muda lah tu! Hehe) . Dalam satu kajian yang diterbitkan pada 2010, ada membuktikan pengamalan minyak zaitun extra virgin yang kaya dengan antioksida phenolic, yang terdapat dalam Diet Mediterranean mampu memperlahankan proses penuaan jika diambil dalam masa yang panjang. Dalam ertikata yang lain, pengambilan minyak zaitun secara sabar dan istiqamah. Bukanlah hari ni makan minyak zaitun, esok terus bertukar jadi Siti Nurhaliza. Tak ehhh. 😅 Awet muda ni untuk cantik je ke? Nak lambatkan penuaan untuk nampak lawa je ke? Sebenarnya, proses penuaan adalah proses yang be...

Apa Kelebihan Minyak Habbatussauda?

Image
As salamualaikum Hai semua! Bertemu lagi dengan KakCa dalam sesi perkongsian ilmu 😊 Diharapkan semuanya sihat sihat saja. Dengan keadaan Covid sekarang,  kita tak boleh alpa dan perlu tetap jaga kebersihan serta terus jaga sop untuk mencegah jangkitan covid. Selain itu, tahu tak yang kita juga boleh kurangkan risiko penyakit berjangkit ini dengan mengamalkan gaya hidup aafiyat seperti menjaga pemakanan dan amalkan banyak makanan yang sihat dan tinggi antioksidan, antikuman dan antiviral. Haa, makanan apa yang ada semua tu? Itulah Minyak Habbatussauda. 😊 . Apa HEBATnya Minyak Habbatussauda ni ya? Ok, kalau nak tahu, Habbatus sauda ni bermanfaat untuk pelbagai penyakit kerana ia mengandungi antihistamina (pencegah alahan), antioksidan (pencegah kerosakan sel), antibiotik (pembunuh kuman), antimycotik (antikult), dan broncho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan. (Sumber The Journal of American Scientist) Dalam kajian lain, kajian terhadap habbatus sauda mendapati i...

Minyak Zaitun Olivie Plus 30x bagus ke?

Image
Assalamualaikum semua.. Kembali lagi bersama KakCa ðŸĨ° Apa khabar? Semua sihat? Sejak dunia dilanda virus Covid 19 ni, semua orang semakin prihatin bab kesihatan kan? Sakit-sakit sikit dah risau. Alhamdulillah ada hikmahnya benda ni terjadi, membuatkan kita lebih menghargai nikmat yang sering dilupakan ini. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” (Riwayat al-Bukhari) Berikhtiar untuk memelihara kesihatan bererti memanjatkan syukur kepada Allah SWT. Jadi, KakCa nak sarankan kita semua supaya sama sama untuk amalkan minyak zaitun untuk kesihatan tubuh. Secara khususnya, amalkan Minyak Zaitun keluaran Olive House iaitu dikenali sebagai Olivie Plus 30x. Kenapa pilih Minyak Zaitun  Olivie Plus 30x? Apa kelebihannya? 1. Extra Virgin "Mechanically Cold Pressed" bermaksud proses penghasilan pati minyak zaitun yang dilakukan dengan mengisar buah zaitun secara alami tanpa melibatkan bahan ki...