BETUL KE AMAL MINYAK ZAITUN BOLEH AWET MUDA?
Assalamualaikum Hai semua ð
Hari ni KakCa nak cerita pasal apa ni?Eh eh dah tulis tajuk pun nak tanya lagi ke?? Haha apalah KakCa ni ðĪŠ
Ok ok dah, berbalik pada tajuk yang dah terpampang tu, betul ke bila kita amal minyak zaitun boleh awet muda?
Haa jawapannya ð
YA. PENGAMBILAN MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN YANG KAYA DENGAN ANTIOKSIDA PHENOLIC DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG MAMPU MEMPERLAHANKAN PROSES PENUAAN (awet muda lah tu! Hehe)
.
Dalam satu kajian yang diterbitkan pada 2010, ada membuktikan pengamalan minyak zaitun extra virgin yang kaya dengan antioksida phenolic, yang terdapat dalam Diet Mediterranean mampu memperlahankan proses penuaan jika diambil dalam masa yang panjang. Dalam ertikata yang lain, pengambilan minyak zaitun secara sabar dan istiqamah. Bukanlah hari ni makan minyak zaitun, esok terus bertukar jadi Siti Nurhaliza. Tak ehhh. ð
Awet muda ni untuk cantik je ke? Nak lambatkan penuaan untuk nampak lawa je ke?
Sebenarnya, proses penuaan adalah proses yang berlaku secara natural dan perlahan-lahan apabila usia semakin meningkat. Jika proses ini berlaku terlalu cepat, seorang individu akan mengalami masalah pelbagai jenis penyakit (yang sepatut berlaku ketika dia sudah tua) pada usia yang lebih muda.
Ramai yang menyangka bahawa proses anti-penuaan adalah proses yang menyebabkan seseorang itu menjadi muda, tetapi sebenarnya ia adalah proses yang menghalang proses seseorang itu mendapat penyakit tertentu dan kelihatan tua sebelum tiba masanya. Ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya genetik, pemakanan dan persekitaran.
Haa begitu. Kita nak awet muda bukanlah untuk cantik semata, tapi lebih untuk sihat.
Dalam kajian tersebut, kesan anti-penuaan berlaku akibat kehadiran sebatian phenolic yang tinggi berada dalam minyak zaitun berkualiti tinggi.
Sebatian phenolic yang bertindak sebagai antioksida dapat mengurangkan kerosakan oksidatif pada DNA dan meningkatkan kehadiran enzim superoxide dismutase dalam organ hati.
.
Jadi, pemilihan minyak zaitun yang berkualiti sangat penting bagi mendapat manfaat yang sepatutnya. Minyak zaitun yang mempunyai tahap phenolic yang tinggi adalah yang terbaik.
Mana nak cari minyak zaitun tinggi phenolic?
Mana lagi kalau bukan dari Olive House? Minyak Zaitun Extra Virgin Elia yang terbaru dari Olive House tinggi dengan Kandungan Phenolic.
Bukan itu saja, ELIA mempunyai banyak khasiat dengan harga yang berpatutan RM 149.90!
✅ Tinggi kandungan Vitamin E
✅ Tinggi kandungan Squalene
✅ Tinggi kandungan Hydroxytyrosol Derivatives
✅ Natural & Organik
✅ Menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan antarabangsa
Cara Pemakanan dan Penyimpanan ELIA:
✅ 2 sudu besar sehari, sebelum makan
✅ Boleh simpan semula di dalam kotak asal
✅ Elakkan pendedahan haba tinggi
So tunggu apa lagi?
So tunggu apa lagi?
Jom lah sama sama kita amalkan!
.
KakCa
Healthy Together
.
Rujukan:
Jacomelli M, Pitozzi V, Zaid M, Larrosa M, Tonini G, Martini A, Urbani S, Taticchi A, Servili M, Dolara P, Giovannelli L. *Dietary extra-virgin olive oil rich in phenolic antioxidants and the aging process: long-term effects*. J Nutr Biochem. 2010 Apr;21(4):290-6.
.
Rujukan:
Jacomelli M, Pitozzi V, Zaid M, Larrosa M, Tonini G, Martini A, Urbani S, Taticchi A, Servili M, Dolara P, Giovannelli L. *Dietary extra-virgin olive oil rich in phenolic antioxidants and the aging process: long-term effects*. J Nutr Biochem. 2010 Apr;21(4):290-6.
Comments
Post a Comment