Kayu Manis Turunkan Gula!


Assalamualaikum & Hai semua. 🙂

Apa khabar? Masih sakan bercuti ke tu?

Diharapkan semua dalam keadaan sihat & gembira bersama keluarga masing masing .

Ok hari ni KakCa nak cerita tentang kayu manis. KakCa tahu, semua mesti pernah guna dan tahu pasal kayu manis kan? Ye lah kita orang melayu memang suka masak guna rempah, lagi lagi kayu manis.

Eh KakCa bukan nak cerita masak masak guna kayu manis, ni nak cerita pasal pengamalan kayu manis boleh bantu kawal gula dalam darah. Wah bagus kan!

Ya, mungkin ada dalam kalangan kita yang belum tahu bahawa Ceylon Cinnamon / Kayu Manis Ceylon ini sebenarnya mampu membantu mengurangkan impak gula dalam darah. Ia berfungsi dengan merendahkan kadar pencernaan setiap kali selepas makan sekali gus mengurangkan peningkatan gula dalam darah selepas makan.

Tambahan, Kayu Manis Ceylon ini sebenarnya ada potensi untuk membantu individu yang menghidapi diabetes jenis 2 dengan memperbaiki kebolehan tindak balas tubuh badan mereka terhadap insulin. Sekal gus akan membuat kandungan gula dalam darah kembali normal. In shaa Allah.

Menurut kajian yang diterbitkan pada Disember 2003 oleh Diabetes Care, pengambilan kayu manis ini walaupun hanya sekadar 1 gram setiap hari sebenarnya mampu untuk menurunkan kandungan gula dalam darah, triglycerides, kolesterol jahat (LDL) serta kolesterol secara keseluruhannya.

Kajian tersebut menggunakan 60 individu (30 lelaki dan 30 perempuan yang berusia 44 hingga 58 tahun) yang menghidapi penyakit diabetes jenis 2 ini dan kemudian dibahagikan kepada 6 kumpulan. Kumpulan 1, 2 dan 3 diberikan 1, 3 atau 6 gram rempah ratus ini setiap hari manakala kumpulan 4, 5 dan 6 diberikan 1, 3 atau 6 gram plasebo.

Selepas 40 hari, kumpulan yang diberi kulit kayu manis ini didapati dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah sebanyak 18% hingga 29%, triglycerides 23% hingga 30%, LDL 7% hingga 27% dan kolesterol total 12% hingga 26% sementara kumpulan yang diberi plasebo didapati tidak berlaku sebarang perubahan yang ketara terhadap kesihatan mereka.

Wah menakjubkan! 😍

Jadi, sesiapa yang ada masalah kencing manis, atau nak amalkan pemakanan sihat, bolehlah amalkan serbuk kayu manis ceylon dalam diet seharian. In shaa Allah membantu. 🙂👍

Oh ya, serbuk Kayu Manis Ceylon Olive House boleh diambil dalam minuman juga makanan. Baunya wangi & sedap.

Apa tunggu lagi kawan kawan? Jomlah sama sama kita amalkan gaya hidup aafiyat 😍

.

KakCa

Healthy Together

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Oleocanthal? Penting sangat ke?

Madu Kyrgyzstan kategori Granulated Honey