Ellagitannins dalam buah delima memang LUAR BIASA!
Assalamualaikum & Hai Sahabat KakCa!
Buat apa tu? Diharapkan semua dipermudahkan urusan & sentiasa dalam keadaan sihat sihat selalu 😊
Delima...
Pernah makan? Pernah minum jus nya?
Mmmm, sedapkan! Siapa suka sangat dengan jus delima?
Memang terbaiklah kalau suka! Sebab, delima ni ada baaanyakkk khasiat! Jadi memang baguslah kalau suka minum jus delima @ makan buah delima.
Ha, bercakap tentang khasiat delima, apa yang korang tahu?
Baik untuk ibu hamil?
Baik untuk kulit?
Hehe selalu macam tu lah, bila cakap pasal delima je mesti sinonim dengan ibu hamil.
Bukan itu saja sebenarnya, ada lebih banyak khasiat delima, untuk perempuan, lelaki, anak anak, dewasa & semua orang.
Dan dalam delima tu ada satu antioksidan yang sangat power tau! Nama dia Ellagitannins. Wow nama gempak kan! Jangan pi letak nama anak pulak kalau ye pun. Hehe 🤭
Ok, apa tu Ellagitannins? Apa fungsi dan kelebihannya dalam delima?
Ellagitannins adalah merupakan sejenis polifenol bio-aktif yang terdapat dalam buah delima dan paling banyak terdapat dalam biji delima.
Ellagitannins ni baik untuk kesihatan jantung dan pembuluh darah. Ia membantu mengurangkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, dan mencegah athersclerosis (pengumpulan lemak dalam arteri).
Ellagitannins dalam buah delima juga sangat membantu mencegah sel-sel kanser menjadi aktif dan berkembang.
Selain itu, Ellagitannins memainkan peranan terhadap keradangan serta rasa sakit (noniception). Di dalam kajian yang lain pula mendapati bahawa kandungan kompoun polifenol di dalam ekstrak buah delima dapat menurunkan paras interleukin di dalam sel usus.
Bukan itu saja, salah satu khasiat buah delima adalah ia boleh bertindak sebagai anti-bakteria. Kompoun polifenol ellagitannins dan juga anthocyanins mendapat perhatian dalam pelbagai kajian termasuk sebagai anti bakteria. Kajian mendapati bahawa jus dan juga ekstrak buah delima memainkan peranan yang signifikan dalam merencatkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan karies gigi (Streptococcus Mutants & Rothia Dentocariosa). Dalam sebuah kajian lain pula turut mendapati bahawa buah delima mampu melawan jangkitan bakteria daripada makanan dan juga air seperti Salmonella Thypi, Vibrio cholerae, Yersinia enterococitica, Shigella spp dan Listeria monocytogenes.
.
Nah, banyak kan khasiat Ellagitannins dalam buah delima?
Bukan untuk cantik je, bukan untuk ibu hamil je, ada banyak lagi manfaat untuk kesihatan kita In Shaa Allah.
Jadi kalau nak mula beramal, boleh lah cuba Jus Delima Organik Olive House dari Azerbaijan yang dijamin asli & berkualiti tinggi.
Apa apapun, jangan lupa dapatkan juga nasihat perubatan dari doktor ya. Kita amalkan dengan cara yang betul in shaa Allah 😊
Semoga membantu!
.
KakCa,

Comments
Post a Comment