Khasiat Buah Delima Yang Ramai Orang Tak Tahu
Assalamualaikum Hai semua pencinta Alami!
Buat pertama kalinya, nak perkenalkan diri dulu, Hai.. KakCa disini. 😍
In shaa Allah, KakCa akan kongsi pelbagai ilmu berkenaan kesihatan & benda benda alami. Hehe
KakCa tak pandai pun, cuma kongsi apa yang ada.. sama sama kita belajar.
.
Ok, untuk posting pertama ni, KakCa nak share pasal delima!
Haa suka delima tak? Ke tak pernah rasa lagi?
Untuk makluman semua, Buah Delima adalah salah satu buah yang terdapat dalam Syurga tau. Buah Delima disebut sebanyak 3 kali dalam Al-Quran.
Nama Saintifik bagi buah delima adalah Punica Granatum yang diambil dari Bahasa Perancis yang bermaksud epal yang berbiji.
Sebenarnya, khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun dahulu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).
MashaAllah hebat kan!
.
Antaranya khasiatnya, delima membantu:
✅ Menstabilkan tahap kolestrol dalam badan kita.
✅ Membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
✅Kandungan antioksidannya yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau.
Wah best kan!
Jadi sangat bagus untuk kita amalkan bersama dalam kehidupan kita.
Ya tak perlu tunggu sakit baru nak amalkan makanan yang baik. Jom kita mulakan sekarang jugak!
Ok itu je untuk perkongsian kali ni, nanti KakCa kongsi lagi ya! Terima kasih baca sampai habis. 😍
.
KakCa,
Comments
Post a Comment